Blogger Backgrounds



Pengikut setia

Sunday, June 5, 2011

Raya Raya Raya :)

Salam dan hye2 semua.
Tetibe ada pic kan. Actually *wahh speaking pulak dah kan.Ok berkaitan dengan tajuk , pic di atas adala keexcited untuk membeli kain untuk baju raya tahun ini.
Wahh puasa belum apatah lagi raya kan kan.Senang beli awal tak yah nanti bulan pose rebut-rebut nak pergi beli kan3.Pusing jugak bijik mata nanti dah la puasa , mencari lagii kan.
Dalam pukul 2 , bertolak dan sampai2 terus ke NAGOYA TEXTILES. Wahh ! Lagipon bawak opah kan untuk jalan-jalan. *hehe. Rambang mata tawwwww kat sana ! Sampai adik saya dah dapat dulu.
Uittt. tak leh jadi nie kan.Saya pown cari mencari akhirnya dapat jugakk.Mak saya pown sama.
HUHUHU. Semangat nak raya tahun nie.Saya 2 pasang ; 1 kain cotton , 1 sama dengan adik saya purple dia oren2 merah gituu! wahh HOT ! *perlu ke ? ;0 mak sepasang , adik 2 pasang opah saya sepasang jugak.
Dah bayar semua kain2 tuh , balikk la kann. HUJAN plak time tuh.aduiii.tak ape laa. Sementara tu singgah utk minum2,kering tekak nie.
Balikk je , sembahyang semua. amikk semua tengok kain masing2.Keterujaan terselah disitu.
huhu. k papai. hanya nak bagitahu jer.

asya

Friday, June 3, 2011

Zaman sekarang | Penuh Pancaroba

Salam dan hye2 semua .
Tetibe mood malam nie nak update kan. huh ! Mengeluh sendirian.
Berita hari ini , seorang penduduk menemui bayi di ruang membuang sampah. terSANGAT KEJAM bukan ! Sebaik la bayi tu selamat. Menurut pemilik rumah tersebut , dia menemui bayi itu ketika ingin membuang sampah dan ternampak 2 orang wanita menunggang motosikal.Pemilik rumah berkata dia menyangkakan mereka ingin membuang sampah dan apabila membuka ruang sampah tesebut , dia menjerit ke arah 2 wanita tersebut dan mereka bergegas lari.

OHH ! tersangat teruk bukan ! KEJAM KEJAM !
itulah yang boleh saya cakapkan.

Semalam.
Bayi dicampak dari tingkat 5 ,ya allah , apa nak jadi ? tak saya bayangkan apa terjadi. :"(
Menitis air mata membacanya.ermmm.

Ya allah , tak tahu nak terucap ape. Sememangnya tersangat KEJAM KEJAM manusia yang buat begitu. ermm. Mudah nya seperti ABC kan mereka yang melakukan perkara ini.Sekiranya mereka tidak inginkan bayi ni , bagilah mereka yang inginkannya. Jangalah bersifat ZALIM.
Saya tidak la pandai untuk berkata-kata cuma ingin memberi pandangan.

Kasihani bayi yang tidak berdosa ini , ya allah.
Renungkan2 lahh . Setiap perbuatan ada pembalasan.Mudah2han mereka diberi petunjuk oleh ALLAH.~amin~

asya


Puasa sunat di bulan Rejab

Salam semua.
Pada hari jumaat / 3.6.2011 bersamaan 1 Rejab .Digalakkan berpuasa sunat yea kawan2 . Banyak ganjaran pahala yang Allah akan kurniakan kepada kita.
Bukan hanya 1 Rejab tetapi berpuasa di bulan Rejab banyak syafaatnya dan kelebihan yang tersendiri.
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya”
Sumber : sini dan penulis di web itu berkata beliau juga mengambil sumber2 yang berilmu ini di sini.

Marilah kita berpuasa di BULAN REJAB kerana banyak fadhilatnya.

asya

Bertemu kembali >My cousin's bussiness

Salam dan hye2 semua .
Sudah lama x menjenguk blog yang mungkin sudah berhabuk2 lama2nye, er ada yg baca ke blog hamba nie ? Okey tak kisah la kan , Asalkan saya bahagia.muahaha.
Sekarang bulan JUNE kan , tidak lama lagi sudah mahu masuk bukan JULY .Tidakk ! tidak ! 50/50 hati x ready lagi la nak g sambung2 belajar balik.Kesibukan mentelaah assgmnt yang tidak menentu , huh ! kadang2 hati nie rindukan suasana begitu , kawan2 yang rapat. ouhh ! *Berbelitkan saya cakap.Abaikan
Okey semua , nak bercerita tentang coklat. mesti u all semua tahu kan khasiat coklat. Tak semestinya coklat tu mengemukkan betul tak. Kalau setuju angkat hidung macam saya. hihi
So , kawan-kawan sentiasa berfikiran positif k.
Click 2 view our chocolate!!

ni lambang bussiness coklat yang sepupu saya sedang jalankan. Suuport their bussiness okey !
Korang boleh tekan-tekan kat sini ---->Homemade coklat .Saya Salute diorang okey !
Korang boleh la jenguk menjenguk , tempahan boleh kan .Sapa2 rindu nak makan coklat , order laa ! HEHE . :)
k see u all later.

asya